Syekh Arsyah Al-Banjari, potret yang tersangkut di dinding rumah keluarganya di Banjarmasin.
Salah sebuah kitab karangan Arsyad Al-Banjari
CATATAN
A.F.YASSIN
PEMUKIMAN
ARSYAD AL-BANJARI DI BANJARMASIN
Timbalan Ketua Dewan
Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kalimantan Barat yang juga budayawan disegani
di Banjarmasin, Hj Hijaz Yamani serta dua tokoh lain menyambut kedatangan
rombongan Jejak Bahasa di tangga pesawat Garuda yang membawa kami dari Jakarta
24 Januari lalu. Hijaz langsung mengiringi rombongan ke Ruang VIP di lapangan
terbang Syamsuddin Noor Banjarmasin untuk menikmati jamuan ringan “Selamat Datang”sambil menunggu 38 buah beg
besar dan peti peralatan penggambaran TV3 dipunggah dari pesawat ke empat buah
van yang menunggu. Sambutan VIP ini adalah kali kedua buat rombongan Jejak
Bahasa setelah Makasar dua minggu sebelumnya. Yang mujurnya di Banjarmasin,
rombongan sempat diperkenalkan kepada Timbalan Gabenor Kalimantan Barat,
Insinyur Irya Darham yang kebetulan
turut sampai di lapangan terbang.
“Kami harap Jejak Bahasa
dapat membantu kami memperkenalkan daerah kami di Malaysia,” kata Timbalan
Gabenor yang turut diiringi oleh Walikota Banjarmasin. “Sudah ada kenderaan?”
tanyanya kepada Hijaz.
“Sudah disiapkan, Pak,”jawab
Hijaz
Sebagai tanda kenangan, Haji
Alias Yusof jurugambar yang baru sebulan bersara dari Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) mengabadikan gambar ramai bersama Timbalan Gabenor sebelum berpisah.
Banjarmasin, yang pertama
kali dikunjungi kebanyakan anggota rombongan terkenal dengan seorang ulama yang
kitabnya menjadi rujukan sebahagian besar orang Melayu di alam Nusantara. Ulama
itu Syeikh Mohamad Arsyad al-Banjari terkenal sebagai pengarang buku fiqih
“Perukunan Melayu” yang kita menjadi buku pegangan sejak 200 tahun yang lalu.
Arsyad adalah seorang tokoh ilmu fiqih dan tasauf. Juga ahli hisab dan ilmu
falak.
Masjid Arsyad Al-Banjari masih dalam pembinaan ketika Tim Jejak Bahasa membuat penggambaran.
Di kampung tempat dia
bermukim dinamakan Desa Dalam Pagar, sejak dia kembali ke Indonesia pada tahun
1773 dari Mekah. Di Tanah suci dia memperdalam ilmu agamanya dan berguru dengan
antaranya Abdul Samad al-Falimbani, Abdul Wahab Bugis, Syekh Abdul Rahman
al-Misri. Ualama arab terakhir ini kemudian bermukim di Betawi (Jakarta
sekarang) untuk meneruskan kegiatan mengajarnya di Indonesia. Arsyad sendiri
telah diberi penghormatan untuk mengajar ilmu agama di Masjidil Haram dan mengeluarkan
beberapa fatwa kepada anak-anak didiknya.
Desa Dalam Pagar yang kami
kunjungi pagi 25 Januari tenang memagari Sungai Martapura yang membelah dua
kampung. Sebuah rumah batu, persis di depan jambatan yang merentasi sungai
didiami oleh anak cucu Arshad dengan ketua keluarganya, Haji Mohamad Irsyad
Zein (57 tahun), generasi keenam Arsyad al-Banjari. Menurut Haji Irsyad,
moyangnya itu lahir pada 11 Mac 1710 dan meninggal dunia pada 13 Oktober 1812.
Sekembalinya ke Banjarmain
Sultan mengurniakan sekeping tanah, yang kemudian dipagar sendiri oleh
al-Banjari. Oleh kerana keadaan berpagar, maka kampung itu dikenali dengan nama
desa Dalam Pagar. Al-Banjari menjalani
hidup berdakwah dengan memegang jawatan sebagai Mufti dalam Pengadilan Agama.
Keturunannya selalu sahaja dilantik menjadi mufti kemudian daripadanya. Selain
kitab ‘Perukunan Melayu”al-Banjari turut
mengarang kitab “Sabilul Muhtadin”.
Kitab ini sangat besar iktibarnya kepada bahasa Melayu
seperti yang ditulis pada akhir kitab ini sebagai “Sebuah kebun yang mempunyai
buah-buahan yang indah-indah dan bunga-bungaan yang tiada layur adalah dicap
akan dia seperti barang yang dilihatkan atas rupa yang jamil, Insyaallah ia
terlebih sahih dan sejahteradaripada tahrif dan tabdil.” Menurut ceritanya, pihak
berkuasa Belanda sering meminta nasihat al-Banjari untuk menentukan permulaan
puasa bulan Ramadhan dan mengukur kedalaman laut.
Menurut Haji Irsyad kitabtab
“Sahibul Muhtadin” dikarang moyangnya di Desa Dalam Pagar sendiri dan menjadi
sumber rujukan utama dalam mengajar ilmu agama Islam kepada murid-murid di
Pondok Pesantren (sekolah pondok) Desa Dalam Pagar yang diusahakan oleh
keluarga keturunan al-Banjari. Sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Syekh
Muhammad Arsyad mengendalikan sekolah pondok yang jumlah muridnya sekitar 100
orang.
Demikianlah kedatangan rombongan Jejak Bahasa ke Banjarmasin memberi
kesempatan untuk mendalami perihal kehidupan seorang ulama besar alam Melayu.
Sambutan begitu mesra keluarga keturunan al-Banjari ini tidak kami duga
samasekali. Selama dua hari rombongan memperdalami sumbangan al-Banjari dalam
bidang agama Islam. Yang menarik ialah kedua-dua kitabnya itu dicetak dalam
bahasa Melayu tulisan jawi. Othman Ismail, ketua rombongan menilai bahawa
penyebaran agama Islam di Banjarmasin, terutamanya oleh al-Banjari turut
mengembangkan bahasa Melayu tulisan Jawi di Kalimantan Selatan. Di
tengah-tengah majoriti penduduk keturunan Banjar yang mempunyai bahasanya
sendiri, bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa penghubung dalam bidang agama.
Sheikh Mohamad Arsyad al-Banjari merupakan tokoh pengembangnya dengn Islam
sebagai pemangkinnya.
Selain menyoroti tokoh agama
ini, Jejak Bahasa membuat penggambaran tentang kota Banjarmasin yang terkenal
dengan intannya. Batu bernilai ini dikeluarkan melalui proses pendulangan. Di
desa Cempaka mendulang intan merupakan satu pekerjaan tradisional, diusahakan
sejak turun-temurun. Penduduk kampung ini biasanya menggali lubang sedalam 10
meter secara berkumpulan. Mereka mendulang bahan galian dengan melinggangnya.
Tanah akan menjadi lumpur dan yang tinggal hanyalah pepejal keras. Dan jika
nasib baik pepejal itu adalah sebutir intan. Adakalanya yang tinggal itu adalah
batu akid atau pasir emas.
Di Kota Martapura sendiri,
kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Banjarmasin banyak
terdapatrumah-rumah tempat penggosokan intan baik secara tradisional mahupun
secara moden. Yang paling terkenal ialah penggosokan intan tradisional Kayu Tangi Martapura. Kota Martapura ini
diberi jolokan sebagai kota intan dalam erti sebenarnya. Hampir setengah kedai
di Martapura meniagakan batu permata akid, intan dan batu aji.
Dari udara Banjarmasin
kelihatan seperti sebuah pulau yang dilingkari Sungai Barito, yang dikatakan
antara yang terdalam dan terpanjang di Indonesia. Salah seorang perantara Jejak
bahasa mengungkapkan sebuah cerita lisan tentang peristiwa yang berlaku di
pulau itu. Menurut ceritanya, ketika Pangeran Suri Ansah berkuasa, lashkar
Portugis datang merompak di pulau itu sehingga Pangeran menjadi murka. Rakyat
sangsara dan ada yang dibunuh dengan kejam.
Kekejaman Portugis yang
tidak dapat dibendung lagi itu menyebabkan Pangeran Suri Ansah menyumpahi
bangsa dari Barat ini. Dengan sumpahan demikian, seluruh soldadu Portugis itu
bertukar menjadi monyet manakala kapalnya menjadi pulau yang dikeliling oleh
Sungai Barito. Pernah juga diceritakan pada satu ketika ada orang yang mahu
membina bangunan. Waktu menggali lubang dengan gerudi terasa ada semacam benda
keras di bawah tanah. Ada yang menganggapnya serpihan kapal Portugis yang
menjadi sudah menjadi pulau.
Bersiar-siar di bandar
Banjarmasin begitu menenangkan dengan Sungai Barito yang membelah dua
bandar.Sungai ini merupakan alat penghubung dengan bot dan sampan serta feri
menjadi pengangkut umum utama. Sesekali mudik kapal besar membawa muatan. Air
sungai amat keruh dan di sana sini pokok kiambang menghilir lalu. Masjis Jamek
di tengah-tengah kota adalah lambang berkembangnya Islam di bandar yang hampir
90% penghuninya beragama Islam.
Di satu persimpangan,
berhampiran Bangunan Persatuan Wartawan Indonesia Cabang Kaliman Selatan,
tersangkut kain pemidang yang besar dengan tulisan yang mengiklankan
pertunjukan Kris Dayanti, penyanyi Indoensia yang mendapat di hati peminatnya
di Malaysia. Kris yang terkenal dengan lagu “Menghitung Hari”itu sedang mengadakan persembahan di ibukota
Kalimantan Selatan itu. Tertulis antarnya “Keris Dayanti, artis yang termahal
saat ini di Indonesia.” Tulisan itu segera mengingatkan saya tentang
“harga”persembahan penyanyi Siti
Norhaliza yang menempa nama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Cuba juga
mencongak-congak berepalah yang diperoleh Kris Dayanti berbanding Siti
Norhaliza.
Pengacara Jejak Bahasa Azura
Abdul Karim yang begitu meminati lagu Menghetong Hari sedikit “excited” apabila
diberitahu Kris Dayantai ada di Banjarmasin. Dan ketika kami sedang
bersiap-siap untuk berlepas dari lapangan terbang Syamsuddin Nor pada 28 Januari lalu, kami terserempak dengan Kris
yang turut akan ke Jakarta. Azura sempat bersapaan dan berjabat salam dengan
Kriis. Ketika anggota rombongan melintasi tempat duduknya dalam pesawat, Kris
menyapa salah seorang anggota rombongasn, “Dari Malaysia ya!” Barangkali dia
menyapa kerena anggota itu memakai baju yang membawa lambang “Duniamu TV3”.
“Kita ini dikira beruntung
juga ya di Banjarmasin. Kita dapat bertemu dengan anak cucu ulama besar
al-Banjari. Kita dapat lihat banyak batu permata dan intan di Martapura. Kita
jumpa Timbalan Gabenor Kalimantan Selatan dan sekarang kita bersama dengan Kris
Dayanti dalam satu kapal terbang ke Jakarta,” kata anggota rombongan yang
disapa Kris.
“Itu kurang. Yang lebih ayik
lagi ialah kita disambut luar biasa hebatnya oleh orang Banjar. Pulang pergi di
lapangan terbang kita menimmati layanan VIP. Kecuali sewa kenderaan rombongan
tidak keluar duit, tidak seperti di Menado dan Makasar,” kata seorang anggota
lain.
Othman mengakui bahawa kos
penggambaran Jejak Bahasa di Banjarmasin adalah yang terendah sejak ekspedisi
pertama dahulu. Ertinya hos Jejak Bahasa di Banjarmasin, terutama Haji Hijaz
Yamani ingin mempastikan bahawa rombongan Jejak Bahasa mendapat layanan kelas
satu untuk seperti katanya, “usaha murni DBP dan TV3 tidak tinggal sia-sia di
bumi kencana itu. Puncak sambutan mereka
ialah pementasan teater “memanda”semacam
teater bangsawan dengan cerita “Ïndra Bangsawan” tetapi diolah secara komedi.
31
Januari 2001.